Monday 14 January 2013

Sambungan trauma

Sambungan cerita trauma di Penang seperti dalam previous entry....

Sebenanrya kami sekeluarga bercuti sambil bekerja ( suami je yg kerja sbnrnya) ke Utara selama hampir 5 hari. Lokasinya ialah Sungai Petani Kedah. Mengambil kesempatan ke Utara tu, kami pon buat ler lencongan ke Penang yang kebetulannya ada abang ipar di sana. Tak lupa juga lencongan ke Ipoh kerana ada majlis walimatul urus anak sedara su...

Di jadikan cerita...selepas abis program di Sg Petani, kami pon bergerak la ke Penang...sampai di rumah abang ipar dan sedang santai2, su rasa badan izzah agak suam2...tapi bila check, rupanya 39C dah...apalagi...terus ler pegi klinik yg berdekatan. Almaklumlah, both kakak2 dia kan pernah kena sawan tarik.

Sampai klinik, doktor kata mmg panas dan terus dimasukkan ubat bontot. Tak lama lps tu, izzah nmpk sehat dan aktif seperti biasa. Kami kemudiannya keluar bersiar2 di Penang hingga lah ke malam. Semasa dalam kereta, izzah tido dan badan dia kembali panas...Oleh sebab dia dah masukkan ubat bontot, takleh la nak suka-suka bagi ubat lagi kan..

Apa lagi....abg ipar su pon pecutttttt ler balik rumah sbb semua org mcm panik dlm kereta. Su lagi ler kecut perut...abis kepala izzah su basahkan dgn air masak..

Sampai je rumah, su terus pass izzah ke Jais sebab sakit perut. Tiba-tiba Jais panggil2 dari luar kata izzah muntah dan kejang!!!! Errrrrr!!!!

Masa su ambil dia dari Jais, mmg ada tanda2 dah kena sawan sbb badan dia kejang (wpon tak menggeletar).

Apalagi...pecuttttt semula ke hospital.

Dan seperti biasa...tinggal ler kami ber-dua kat hospital selama 2 hari 2 malam...sob sob sob
Nasib baik pagi esoknya kena transfer bilik sorang, selesa la sket kan?? *Sbnrnya kena transfer sebab izzah suspected kena hand,mouth&foot disease*

Apapon pemeriksaan darah takde masalah, cuma dktr sarankan utk ambil ujuan Talasemania bila izzah dah besar sket sbb dia kata size darah merah izzah kecil untuk usia dia.

Cerita sawan Jannah boleh baca kat sini..Tapi kisah aliyah tak jumpa la pulok...

No comments: