Friday 17 June 2011

Ceritera di hospital

Seperti yg dah tertulis di entry sebelum ni, nak kongsi pengalaman bersalin anak ke-3.Ada sesetengah org kata, anak ke-3 ni senang dilahirkan, ada sesetengah kata sebaliknya.Untuk su, pengalaman kali ni sangat2 mendebarkan..

Ceritanya begini..

Due su sebenarnya ialah 6-June-2011, yg juga sama hari dgn 1st viva PhD Jais.Sehingga 4-Jun tu, masih sehat dan tiada tanda2 atau rasa sakit2...doktor kata rahim dah terbuka 1cm, tapi baby masih tinggi ( ni masa check-up hari Khamis, 3-Jun).

Tup2...segalanya bermula selepas solat subuh.. 5-Jun

4pagi : sakit setiap 10min, tapi sakitnya pendek (2x tarik nafas dah ilang) dan masih boleh tidur lagi
5pagi : masih sama setiap 10min. Kali ni dah tak sedap hati, bgn mandi dan sarapan ala kadar
6pagi : juga sakit setiap 10min, tapi sakitnya lebih panjang (4x tarik nafas)...kejutkan jais, jannah & aliyah dan  berkemas ke hospital
630pagi : call hospital dan bertolak ke hospital
700pagi : Rahim dah terbuka 4cm dan buat NST (check heartbeat).Contraction setiap 8min pula
800pagi : Sarapan di hospital
930pagi : Sakit tiba2 makin kuat dan terasa sakit di punggung.Rahim dah terbuka 6cm, tapi doktor kata sekejap je bole jadi 10cm sbb pintu rahim lembut.Buat NST lagi sekali
1040pagi : Masuk smula labour room, dah 8cm
1100pagi : 10 cm !!!! (*dalam hati dah menjerit YOSHHH!!!, tapi rupanya....bermulalah detik2 mencemaskan)
.
.
.
.
1200tghari : Air mentuban pecah
1230tghari : Request nurse push dari atas ( alternative sblm menggunakan vacum)
1234tghari : Lahirlah seorang bayi perempuan seberat 3330g, ukuran dada 33.3cm, ukur kepala 34.8cm, panjang 50.2cm


Antara 1100pagi-1234tghari tu sbnrnya baby masih diatas dan tak mau turun.Seolah2 tak mau lahir lagi.Contraction pon datang setiap 5min-8min, tapi pendek2...teran punya teran pon midwife kata tak nampak kepala baby...

Su request untuk pecahkan air mentuban seperti yg biasa dipraktikkan di hospital kerajaan di Msia (hospital swasta tak sure la pulak).Tapi midwife tak setuju sbb dia kata tak elok untuk baby dan baby kurang oksigen nanti...Byk kali request pon, dia tak setuju hinggalah akhirnya air mentuban pecah sendirinya...

Selepas bayi dah lahir, kompem la kena jahit kan...agak teruk jugak dan byk jugak ler jahitan nyer (mostly byk luka kat dalam katanyer)...Dan seperti biasa, kena tunggu dan rehat 2jam dalam labour room sblm pindah ke ward biasa.

Lepas dah pindah ke ward biasa, baru lah midwife tu cerita...
 "Yang sbnrnya TALI PUSAT MEMBELIT LEHER BABY"...dan ada kemungkinan sebab itu lah baby takmau turun.

Terkejut pon ada, nak menangis pon ada masa tu..bersyukur sesangat sebab baby selamat sbb tau risiko2 baby yg terbelit tali pusat ni...

TAPI...ceritera blom abis lagi..

Keesokkan harinya, semasa buat checkup untuk baby(conducted by doktor kanak2), diorg jumpa kes lain pulak kat baby.

Petang tu, doktor dtg bilik dan memeriksa baby smula.Dan kemudiannya menerangkan yang "TULANG BAHU KANAN PATAH". glurpppp...

Terkedu tapi masih susah nak menerima sebab tengok tangan kanan baby macam takde yg ganjil...(tapi bila diperhatikan betul2, mmm...mgkn kurang aktif berbanding tgn kiri).

Pagi 7-Jun tu pula, seawal pkol 8pagi, doktor yg sambut baby lahir dtg bilik dan menerangkan ttg tulang bahu baby.Dia kata dia dah buat appointment untuk amik X-Ray dan jumpa dgn doktor tulang. Huwaaaa....waktu tu rasa sayu sgt sbb tetiba terasa macam masalah besar sbb doktor tu duduk secara "seiza"(melutut) di lantai.

Selepas amik X-Ray, mmg kompem tulang bahunya patah....tapi doktor tulang kata tak perlu risau sbb bayi cepat pulih dan so far pergerakan tangan masih normal ( tangan kanan bole bergerak dan bila disentuh atau diangkat, tak menangis)..

Itulah bahagian su semasa melahirkan baby yg ke-3 ni....yg diberi nama NUR IZZAH.


**Cuma ada juga terdetik kat hati yg sbnrnya mgkn midwife dan doktor sbnrnya dah boleh agak yg tali pusat tu membelit leher bila baby takmau turun...yelah kan, dah ramai dan byk kes yg diorg dah hadapi kan...tapi mgkn untuk takmau buat ibu rasa risau, diorg rahsiakan dan suruh kita bertenang dan ikut arahan bila nak push, bila nak rehat, bila nak tarik nafas etc.Ya....sememangnya, 1100am-1234pm tu agak lama, tapi tak terasa lama disebabkan layanan ramah midwife**

4 comments:

Bermulanya Satu Episod said...

alhamdullilah semuanya selamat...

Ina said...

slalu dgr kes mcm ni kt baby (tulang bahu patah). tp insyaAllah xde apa2. moga baby cepat pulih. kak su jgn risau2 sgt ye. hmmm bila dgn layanan nurses n doc kt nihon mmg rasa sgt melegakan kan. kiter xtau la nnt kalau next baby bersalin kt msia. harap2nya ok jugaklah. sbb bg kita layanan yg baik adalah sgt2 membantu saat2 nk melahirkan tu.

Suhaila said...

Bila view smula,Masya-ALLAH...panjangnya entry..kehkehkehkeh

tapi betullah,smuanya dah selamat dan baby pon nmpk sehat dan yg plg penting x byk ragam.Cuma mlm kalo ltk kat tmpt tido dia,agak krg nyenyak,tp bila ltk bwh dan tido sblh,baru ler nyenyak

suhaila said...

@Ina..

soune...tak rasa stress kat labour room.Dulu bersalin kat msia, bersalin hospital kerajaan...paham2 je ler...dari awal, masa jahit , sampi abis...ada je org yg pot pet pot pet..tp waktu tu dah sakit, masuk telinga kanan, kluo telinga kiri...swasta maybe lain kottt