Tuesday 5 April 2011

習字 : Calligraphy

Shuji atau Calligraphy adalah sejenis seni tulisan Jepun menggunakan berus khas.
Di Jepun, kanak2 memulakan tulisan Shuji mereka sejak berumur 5 tahun ( tp mgkn juga tidak semua tadika yg mewajibkan ).

Semasa di Kosen dulu, Su ada juga berpeluang mempelajari seni tulisan ini. Kebetulannya ada seorang emak angkat adalah seorang guru Shuji.

Susah sebenarnya untuk menulis menggunakan berus, selain balancing kiri kanan atas dan bawah, kita perlu ada ilmu dalam teknik dan turutan menulis huruf jepun, terutamanya Kanji.Selain itu, pergerakan tangan juga perlu lembut & tidak keras..

Dibawah ini adalah beberapa contoh hasil tulisan Jannah di tadika. Secara keseluruhannya, dia adalah antara murid yg selalu mendapat pujian dan hasil tulisannya juga sering dipamerkan di tadika.

Sebahagian hasil tulisan Jannah
  
Bagi seseorang yg tidak berjiwa seni & tangan bangku ( hehehe) seperti Su, ntah yer....tapi, ada satu hasil tulisannya yg sgt2 menarik perhatian... 
Kenapa su tertarik? sebab......bukanlah mudah untuk menulis kanji 月(bulan) & 光 (cahaya) dengan cantik dan rasanya Jannah berjaya menulisnya dengan baik sekali !!! ちょっと感動!!


No comments: