Monday 30 July 2012

Salam 10 Ramadhan

Alhamdulillah, dah hampir 1/3 bulan Ramadhan telah berjaya diharungi . Keadaan cuaca yg agak panas mengingatkan su pengalaman berdepan dgn cuaca sepanas 37degree semasa di Nagaoka tahun lepas ...Nasib baik masa tu blom lagi puasa dan baru abis pantang...fuuuhhhh...kebetulan pulak anak sedara, Cicik baru je sampai dari Malaysia...hahahaha

Bagaimana puasa tahun ni kawan-kawan? Alhamdulillah wpon nyusukan Izzah, su masih larat nampaknya untuk bertahan hingga ke petang..tak seperti masa berpuasa sunat 15 Syaaban tempoh hari.Pukul 3 je dah tak bole diri lama2, pukul 5 dah gigil kepala lutut...sudahnya, terbaring sampai ler berbuka..kuikuikuikui...

Bercerita tentang Ramadan, tak de cerita best mana pon. Baju raya budak2 pon dah siapkan sebelum puasa aritu lagi.Tudung raya pon sama.Cuma mungkin nak buat biskut raya yg simple je utk di-ngap ngap..Selain tu , sekarang ni sedang rajin "mentelaah" buku "Indahnya Hidup Bersyariat" dan juga "Ensiklopedia Solat'...Ada beberapa azam yg sedang dalam pembinaan, jadi perlulah berilmu dahulu kan???

Mudah mudahan akan berjaya menulis lagi (setidak2 nya semasa 20 Ramadhan)

Selamat berpuasa semua!!

No comments: