Friday 1 July 2011

Energy restrictions = 節電 = Jimat Elektrik

Ini antara berita baru yg hangat di Jepun, rentetan daripada penutupan Loji Nuklear Fukushima & Hamanaka(Shizuoka-ken). Kerajaan Jepun dengan rasminya telah mengumumkan dan memberi arahan kepada semua rakyatnya untuk menjimatkan elektrik (separa paksa) sebanyak 15% sehingga 22-Sept.

Bole refer berita di SINI (English) atau SINI(Japanese)

Mungkin ramai yg tertanya berapa byk 15% tu? Emmm....untuk bagi jawapan dalam bentuk nombor tu susah, tapi secara amnya 15% daripada jumlah elektrik tertinggi yg diguna pakai semasa waktu peak pada tahun lepas ( sebagai bandingan)...tapi sebenarnya Kerajaan Jepun ada laman web mereka untuk monitor penggunaan elektrik secara `real time`.

Berikutan itu, ada banyak `alternatif` yg diambil oleh syarikat2,pejabat kerajaan, supermarket, department store etc ...Contohnya ;

1- Memendekkan office hour kepada pkol 4pm ---> balik awalllll !!!!!
2- Mengurangkan penggunaan lif & escalator
3- Mengurangkan penggunaan lampu
4- TIADA penggunaan aircond
5- Mengurangkan bilangan keretapi diluar waktu peak

dan lain2..

Di Nagaoka University sendiri, TIADA lampu & aircond dibenarkan sehingga pkol 4pm !!!!
bergelap dan berpanas ler smuanya dalam bilik lab....

Bagaimanapon, memandangkan cuaca yg semakin panasssss.....nasihatnya...jgn ler terLEBIH berjimat !!!
Sebaliknya gunalah elektrik dengan BIJAK !!

*dalam hati sbnrnya kagum dgn rakyat jepun yg bersungguh2 menjimatkan elektrik*

4 comments:

lina said...

seksanya kalau aircond/kipas tak "on". @.@

Ina said...

pergh panas tu kan. sbb mmg bahang sungguh. setuju dgn akak kena guna dgn bijak. jgn nk jimat smpi terseksa je dh la.

suhaila said...

@Lina,
hehehe...smuanya kipas tangan je skrg.Memasing(jab kerajaan ke, company ke, kilang ke, even JR) keluarkan plan dan target utk jimatkan elektrik masa waktu peak

@ina,
tu ler, hubby ckp dah ler gelap, panasss mcm dok dlm oven...so, ramai yg pakat balik awal, then mlm dtg smula lab...

Gino Burn said...
This comment has been removed by the author.