Monday 23 May 2011

Rubella

Masih ingat tak kenangan dicucuk Rubella semasa darjah 6 dulu? (pada zaman su dulu, suntikan Rubella diwajibkan pada kanak2 perempuan berumur 12tahun).

Salah seorang kawan lama menceritakan yg dia ditarik keluar dari bawah meja oleh 3 orang nurse semasa aktiviti cucuk mencucuk....hehehe...su pulak kalo tak silap, waktu tu demam, jadi terpaksa g klinik sendiri dengan mak.

Semasa pengambilan sample darah 2minggu lepas; semasa kandungan berusia 36W, doktor mengatakan yg paras/nilai Antibodi Rubella dalam badan su agak rendah. Ianya adalah perkara biasa apabila umur kita meningkat.Mereka mengesyorkan untuk mengambil suntikan dengan bayaran 7140yen.

Walaubagaimanapon, ianya bukanlah paksaaan sebab walaupon antibodi Rubella kita rendah, tidak semestinya kita akan dijangkiti virus Rubella. Ianya hanyalah persediaan/pencegahan dan langkah berjaga2 untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini berlaku.Terutama sekali bagi mereka yg mempunyai rancangan untuk mengandung lagi.

7140yen sebenarnya agak mahal la juga.Lagipon jumpa di blog rakan2 bloggers bahawa bayaran di Malaysia jauh lebih murah ( sekitar RM60++). Jadi rasanya balik Msia nanti baru pi klinik untuk buat pemeriksaan darah sekali lagi...

Apapon, ini ada link untuk menambahkan pengetahuan kita semua...dipetik dari blog Dr Zubaidi

2 comments:

Ina said...

oo boleh ye kak su amik masa pregnant. risau jugak ye boleh kurang2 plak antibodi rubella tu. nnt blk nk check gak la. tq for sharing.

suhaila said...

@Ina,

Masa pregnant takleh amik...dan xleh ngandung dalam masa 3 bulan lepas amik.Tapi kalo amik masa kita breastfeed takpe.Akak pon ada sket terkejut gak masa doktor bgtau tu..