Monday 9 May 2011

Mengira gerak baby

Minggu Emas di Jepun sudah berakhir, dan anak2 dirumah ni sudah memulakan persekolahan seperti biasa KECUALI seorang budah kepoh yg mengada2 dan berlakon kununnya selsema & batuk ....*aiyaaa*

Kalo dulu, mmg kompem kena paksa, tp skrg dengan perut yg maju kedepan ni...tak kuasa weihhh.Tambahan pula sudah dpt cikgu baru utk gantikan kelas pagi....yabedabeduuuuu

Berbalik pada tajuk diatas, dalam entry sebelum ni (click HERE) su nak kongsi satu lagi perbezaan mengandung di Jepun.

Ingat tak bila dah masuk 34W, kita akan diberi jadual dan disuruh rekod `waktu/jam` baby kita cukup 10 pergerakan dalam sehari bermula dari awal pagi. .Ianya adalah salah satu cara manual untuk monitor baby didalam kandungan sihat dan tidak lemah. Biasanya kita akan menulis samada 10:30am @ 12:00pm etc..

Di sini juga ada aktiviti yg sama, cuma sedikit berbeza. Di Jepun, kita perlu catatkan/rekodkan berapa `MINIT` yg diambil untuk baby bergerak 10kali apabila baby mula bergerak. Caranya,

1- Tetapkan masa yg sama setiap hari untuk mengambil bacaan (digalakkan pada waktu tghari)...
2- Apabila baby mula bergerak, kira berapa lama masa yg diambil untuk cukup 10 kali gerakan
3- Jika baby mengambil masa lebih dari 40min untuk bergerak 10kali, rehat semula lagi dan ulang langkah 2
* baby yg sihat akan mengambil masa dalam 20min untuk bergerak 10kali...

Su buat dua-dua cara sbnrnya...hehehehe

No comments: