Tuesday 10 May 2011

Hari Ibu

Hari Ibu disambut pada 9Mei lepas di hampir seluruh dunia ( ada negara yg menyambut hari Ibu pada tarikh yg lain).

Di Jepun, 2@3 minggu sebelum itu, kebanyakan pasaraya akan membuat satu corner khas untuk para pelanggan memilih & mengirim hadiah untuk ibu-ibu mereka..Kebanyakannya ialah baju, beg, sapu tangan, beg tangan, payung, tuala, kasut dan ada juga brg2 kesihatan dan pelbagai lagi...

Family su sbnrnya tidak mempraktikkan sambutan hari-hari istimewa...tak kira la Hari Ibu ke, Hari bapa ke, anniversary ke... even hari Lahir pon kami tak menyambut didalam keluarga ( Hari Raya je yg kami sambut...hehehehe).

Mungkin kerana kesusahan hidup semasa kami dibesarkan ( mmm...masa zaman su mgkn tak terlalu susah rasanya), ditambah pula dengan situasi arwah abah yg selalu masuk hutan  ( arwah abah ialah Polis Hutan ) dan selalu meninggalkan rumah menyebabkan mak tidak mempunyai peluang untuk membuat makan2. Cuma, biasanya sekali dalam setahun tu mak akan panggil orang utk buat doa selamat di rumah...

Bila su berkahwin, family suami pon tak begitu mengambil berat ttg sambutan hari2 istimewa.

Zaman Jannah & Aliyah, kami hanya menyambut Hari Lahir mereka dengan sebuku kek span disalut krim...dan biasanya hadiah pon dibeli sebelum-sebelum itu yg biasanya cuma lah getah rambut atau baju kartun kegemaran mereka, ataupon barang2 melukis dan mewarna ( sebab inilah kegemaran adik beradik 2 org tu).

Walaubagaimanapon, tahun ni su menerima `hadiah` istimewa dari Jannah...jeng jeng jeng..


Kad Hari Ibu dari Jannah



Jais menawarkan jam Baby-G bertali besi yg agak mahal dan agak sporty serta lawa...(sbnrnya berkenan juga), tapi terasa mahal la pulak dan jam tangan yg lama pon masih elok lagi...
Daripada jam tangan, baik su kumpul barang2 S-I-L-I-C-O-N kannnnn......hehehehe

Lagipon,.sebenarnya sudah ada satu `hadiah besar` yg telah dianugerahkan oleh-NYA kepada su pada tahun ini....cuma menanti masa yg sesuai untuk menerima amanah-NYA..

Kesudahannya....kena cepat pikir nama baby!!!!

1 comment:

Siti Asiah said...

diaorang pandai tak tulis dalam bahasa malaysia kak?