Saturday 27 April 2013

Mari jahit beg!!!

Dah lama sebenarnya nak buatkan sesuatu untuk kawan saya ni.
Cuma biasa la, sejak dua menjak ni mmg takde mood nak jahit lain selain dari jahit tudung dan baju...
Padahal, byk je accessories utk digunakan kat beg dan yg seangkatannya..

Mengambil kesempatan aktiviti bertukar-tukar handmade clutch di Genf Penjahit Beg (fesbuk), dan su telah 'gatal' tgn letak nama kat situ...makanya....kenalah buat juga kan..

ini adalah antara hasil-hasil nya..

Target ialah membuat Curvy Clutch!!





Pattern 1.
 Yg ni su letak batting utk bagi gebu feel.
Sebenarnya clutch kat atas tu adalah SATU je, cuma sebab su gunakan kain perca, makanya ada 2 design kain yg berbeza.
Kelebihan : Soft feel & rasa selamat sebab ada zip



Pattern 2.
Yang ni pattern lain dan hanya letak interfacing sederhana tebal.
Kelebihan : Sangat menarik

Sebenarnya su suka kedua-duanya.Sebab masing-masing ada keunikannya dan kegunaan yg tersendiri.

Sementara semangat masih belum terpadam ni, su nak buat clutch pattern 2 lagi sekali. Tapi menggunakan batting & Cotton stabilizer & juga PVC(mungkin).Tapi misi yg paling penting ialah memasang zip kat pattern 2!!

Tutorial dan pattern boleh download kat sebelah kiri wall saya ya!!



No comments: