Friday 1 February 2013

What i did last year - Plastic bag dispenser

Untuk permulaan, saya akan tepek dulu aktiviti-aktiviti yang dibuat sepanjang tahun 2012.Ya, kebanyakkannya adalah pengalaman baru buat saya. Sesiapa yg mengenali saya mungkin tahu, bahawa saya seorang yg cepat bosan melakukan perkara yg sama, berulang kali...sebab tu, saya lebih suka mencuba sesuatu yg baru.

*Tudung dan baju kurung tu takleh nak buat apa la kan...mmg itu je ler design yg ada.*

Yang ini sebenarnya adalah projek re-cycle skirt lama Jannah. Ianya adalah kain jenis denim dan mempunyai sedikit embroidery on it..sebab tu la, sayang sgt nak buang or jadikan kain lap..huhuhu

Jeng jeng jeng...

Akhirnya, saya telah berjaya menukar sehelai SKIRT ---> Dispenser untuk beg2 plastik yg kita dpt waktu shopping tu ler..



Seperti dalam gambar kat atas, bahagian bawah tu ada lubang untuk menarik keluar plastik. Manakala bahagian atas terbuka sepenuhnya untuk memudahkan proses memasukkan plastik dan ada kalanya mengeluarkan plastik...hehehehe.
Dalam erti kata yg lebih mudah, kita buat macam kita nak buat bolster(bantal peluk).Cumanya satu bahagian sahaja yg perlu diletak getah, dan letaklah tali dupaya mudah nak sangkut di mana-mana.

Di rumah, saya sebenarnya mengasingkan plastik yg kecil ( sederhana besar) dan juga plastik yg besar dalam 2 bekas yg berbeza..

Personally, plastic bag dispenser ini sgt2 la memudahkan !! Jom try jom!!

2 comments:

Ina said...

Sungguh salute dgn org suka menjahit ni. Kita ni xtau la tgn apa. Tp rasanya xberapa nk sabar kot buat keje menjahit. Kena teliti segala mmg susah la sbb byk 'iklan' dgn bdk 2 org tu hihi. Tp mmg teringin sgt n suka sgt kalau pandai menjahit. Harapnya someday akan tertunai laa hihi

Suhaila Tahir said...

Ina,

hehehe..akak lak mmg salute org yg suka berniaga..hehehe..good luck Blossom Widad.Dulu satu ketika(masa belajo) pernah gak makan Shaklee dalam 1@2 tahun