Monday 28 January 2013

Selamat datang 2013

Mungkin agak terlambat nak ucap Happy New Year , tapi masih tidak terlalu awal lagi rasanya nak ucap Happy LUNAR New Year !!! *yippie*

Ini adalah 1st entry selepas saya mengubah-suai 'rumah' ini.Yang bertujuannya adalah semata-mata untuk memeriahkan suasana dan juga sebagai ganti 'buku nota' esp untuk segala resepi resepi dan tutorials.

Bagaimana tahun baru anda ya? Ada senior saya yg mengatakan tahun ni agak tough kerana tahun peperiksaan UPSR, ada yg PMR, dan ada yg SPM. Saya sendiri ada 4 orang anak sedara yg bakal menduduki SPM ujung tahun ini dan 2 org anak sedara lagi untuk PMR...UPSR tak de rasanya tahun ni.

En. suami menyambut tahun baru 2013 dengan tugasan baru yg agak berat tanggungjawabnya. Kasihan juga saya lihat...............................Emmm, tp anggap je la itu sebagai cabaran dan juga amanah sebagai membalas kepercayaan pihak atasan. (huhuhuhu)

Saya pula menyambut tahun baru seperti hari-hari biasa. Cumanya saya mempunyai beberapa MISI untuk tahun ini. Ada yg dalam bidang jahitan dan ada juga dalam bidang pembacaan. Takpe later kita cerita lagi ya.
Oh ya...saya mendapat satu translation project di awal tahun. Cuma project kali ni berbeza dgn yg sebelumnya sbb yg sebelum2 ni biasanya sekali buat terus siap!!! Tapi yg ini adalah project berterusan selama hampir 6minggu. Saya perlu menghantar translated documents setiap minggu.Project ni baru je bermula dan akan tamat awal bulan 3 nanti.*Doakan semoga saya dan anak2 sehat ya* 

Jannah memasuki tahun 2 dan rasanya dia takde masalah dlm pembelajaran. Al-Quran & solat juga sudah lancar.Alhamdulillah.

Aliyah memasuki tahun 1...haaaaa...surprised!!! dia tak nangis pagi2, tp setelah seminggu bersekolah, dia sudah meraung tak mau ke sekolah agama kerasan cikgunya garang!! dia kena marah sebab ter-tidur dalam kelas...hurmmm...susah nak komen. Dari segi lain, alhamdulillah...ada peningkatan esp dalam penulisan dan pembacaan juga semakin lancar..mudah-mudahan

Izzah juga sudah semakin lasak..ya, anak yg ini mmg lasak..habis mak dia kena hempap, nasib baik ler tak seberat Aliyah masa kecik dulu. Vocab juga sudah semakin byk dan dia sudah pandai 'lari' dari rumah !!! bahaya bahaya bahaya!!!

Last but not least, semoga tahun ini kita menjadi insan yang lebih baik dan semoga Palestin akan bebas!!

2 comments:

Ina said...

happy new year kak su! hmm sian aliyah kena marah dgn ustazah ye. tp... hmm itula pendekatan masyarakat kita cara mengajar kan. kalau mcm kat nihon bagus kan? macam aliyah pun kena marah. ihsan nnt xtau ler hihi :)

Suhaila Tahir said...

Ina,

tu la..baru sebulan sekolah ( darjah satu pulak tu), cikgunya dah bising2 suruh berlatih tulis jawi bersambung kat rumah sbb dia kata aliyah tak pandai lagi...mmg motivation down..huhuhu.insyaALLAH ihsan nnti dpt cikgu yg lebih baik dan memahami.