Thursday 13 October 2011

Barang kenangan

Setelah hampir sebulan setengah kembali ke Malaysia, rasanya kami dah semakin menyesuaikan diri dengan suasana dan environment di sini. Jannah & Aliyah pon begitu juga wpon ada kalanya Jannah tak mau pergi ke pra-sekolah sebab perlu bangun seawal 630pagi...hohohoho

Barang2 dari Jepun, mana yg perlu digunakan telah selamat di kluarkan...Mana yg tidak digunakan dalam masa terdekat seperti camping set, stroller etc masih dalam keadaan berbungkus. Sebahagian buku Jannah sudah dikeluarkan dan digunakan.Manakala Jais pula membawa sebahagian `harta pusaka`-nya ke ofis. Breadmaker sudah beroperasi wpon baru sekali --> melepaskan ke-gian-nan pada Pau sebenarnya.

Walau apapon, satu ruang dirumah ini masih penuh dgn kotak2 dan tak tau la bila agaknya nak dialihkan.

Sekarang su masih dalam proses mengemas...bukan mengemas barang sendiri (brg2 lama kami dah siap dah kemas), sebaliknya mengemas (sort & throw) barang-barang mertua.Tapi dah barang org, tak boleh la nak buang sesuka hati kita kan...

Tak dinafikan sememangnya kagum dan tabik dgn mak sendiri. Tiada pinggan sumpik, tiada sudu sumpik, tiada brg kaca atau plastik yg tidak sedap mata memandang dirumah. Menurut kata mak, smuanya dah dihumban sebab buat sakit mata memandang...hehehehe..

Ini bukannya nak mengutuk mertua atau apa, tetapi perlukah disimpan sudu, garfu, senduk, pinggan, mangkuk yg sudah tidak sempurna fizikalnya? hmmm...sedangkan masih byk lagi stok ditempat lain.
Sebab itu su masih berhati2 dalam bab buang-membuang ini...yelah, mgkn ada brg yg mempunyai kenangan yg tersendiri. Apa yg su boleh buat ialah dengan mengasingkan brg2 yg kurang elok tu di tempat yg lain.

Baru2 ni kami membeli peti ais baru yg lebih besar kerana keadaan peti ais skrg yg kecil dan agak nazak. Tapi bila difikir2, adakalanya rasa mcm bersalah la pula.Disebabkan peti ais baru, dapur menjadi semakin sempit dan susah untuk berjalan kerana keengganan mertua untuk membuang peti ais lama.Akibatnya, didapur skrg ada 1 peti ais baru dan 2 peti ais lama yg hanya berfungsi untuk menyimpan brg2 kering.

Kejadian yg sama juga pernah berlaku 7 tahun yg lepas semasa kami membeli almari gelas yg baru.Niat dihati nak ganti almari sedia ada yg dah senget.Kesudahannya......makin sempit rumah dibuatnya juga kerana keengganan mertua untuk membuangnya.

Mmmm...walau apapon, projek membuang masih perlu diteruskan...ganbarou!!!

5 comments:

Ina said...

itula kan agaknya ada sentimental value kt dia. disebalik brg2 dia tu terselit mcm2 kisah lalu. hati org tua kan. mcm2. kita pn jns suka menyimpan 'sampah' ni. tp kena ada limit gakla. simpan setempat. rasa dh redi baru buang. kalau tak mmg semak kan? hihi

suhaila said...

Ina,
Masa kat Nihon dulu akak selalu je membuang brg2 sebab rumah kecil, tapiii...lepas buang, tetap penuh smula rumah sbb pi dok cari ganti kat recycle shop @ waktu tgh sale...hohohoh

AinKaloi said...

apa brg2 dari nihon yang boleh diguna di malaysia jugak? dgr kata brg letrik xboleh, breadmaker boleh ker? mesin jahit jenis apa yg ok kat nihon?

suhaila said...

Zainah ,

Basically TAK BOLEH sbb Voltage yg berbeza (Nihon 110/120V, Msia 240V).Tapi boleh je guna, cuma kena guna bersama transformer.

Saya aritu bawak balik LCD TV, breadmaker, mesin jahit brother, mesin jahit tepi & desktop.

Anyway, oleh sbb system TV yg berbeza(Nihon guna NTSC, Msia guna PAL), makanya kalo bwk blk tv tu, hanya bole tgk dvd @ main game @ guna bersama astro je ler

Kat Nihon rasanya yg glamer brand Janome & Brother...tp Singer & Juki pon ada je

MyBotanG said...

ooo duduk umah mertua jugak ek.. *menang Jais* hehehehe

biasa la tu orang tua.. susah kot dia nak buang barang selagi boleh recycle/reuse kegunaannyer.. kita dah biasa umah kecik ni tutup mata humban jek *but actually sebelum really humban tu ntah berapa kali pikir.. uhuhuhuh*