Friday 19 November 2010

Minggu tak sehat

Memang perlu namakan minggu ni sebagai 'Minggu tak sehat'. Bukan setakat kami je yang tak sehat, mak kat simpang pon demam, mak kat senggarang pon demam juga.

Aliyah lak lepas baik dari beguk, Isnin lepas ke sekolah seperti biasa.Balik dari sekolah, cikgu dia cakap dia asyik batuk je...malam pon macam tu. Malam Raya ( Raya hari Rabu kat sini), nafas dah turun naik turun naik.Cuma Aliyah ni, lagi dia batuk or semput, lagi ler dia banyak main dan bercakap pot pet pot pet...rimasssss tengok.

Lepas solat raya, bawak Aliyah g jumpa doktor gak.Sebab mmg tau kalau dia guna ubat gas, mmg ilang ler batuk kong kong dia.Tetapi, disebabkan haritu ada 'Tanjoubi-kai' kat hoikuen, seboleh2 nak pergi juga.

Akhirnya, lepas amik segala macam ubat, hantar la juga dia ke hoikuen kejap dan kemudian jemput smula lepas jamuan birthday.

Su pulak, malam tu tumbang jap.Batuk makin teruk + tekak kering + selsema + badan seram sejuk.
Kesimpulannya, Khamis(semalam) semuanya dicutikan dan turn su lak g klinik minta ubat.

Bila call Msia, dua2 mak rupanyer pon demam juga.Mak su sampai kena masuk air sebab kurang air dan panas dalam.Nasib baik ada kakak-kakak yg duduk berdekatan.Dan juga tengah musim cuti sekolah, ada cucu2 yg tgh bercuti....Alhamdulillah.

Doanya cuma satu .... kesihatan kepada seluruh ahli keluarga.

 Aliyah dan alat semput baru

2 comments:

Idayu said...

odaijini sumanyer...taking care ya!

Suhaila Tahir said...

TQ Cik Ayu...Alhamdulillah, smua dah sehat