Friday 4 March 2011

Pau & orang demam

Influenza sebenarnya telah mendarat di Nagaoka dan semakin berleluasa. Di hoikuen juga, sudah ada yg kena influenza, tp bilangannya tidaklah seteruk 2 tahun yg lepas iaitu semasa Influenza type baru a.k.a H1N1.

Cuaca dunia yg tak menentu juga mungkin salah satu penyebabnya. Influenza ni biasanya menyerang dalam bulan Jan @ Feb. Tetapi, tahun ni baru skrg menunjukkan belangnya.
Snow/salji juga biasanya peak adalah pada bulan February, tp tahun ni February dilalui dengan perasaan tenang & happy dibawah sinaran matahari tanpa snow...Sebaliknya, salji turun dan cuaca turun mendadak smula pada bulan March.

Berbalik pada cerita orang demam, Jannah mula demam semenjak pagi tadi. Disebabkan arini su ada check perut di hospital dan keadaan Jannah yg lemah, Jais terpaksa ler menjaga bdk2 dirumah. Mmmm, sekurang2nya bagi peluang kat dia utk tido lebih lama sebab sejak February aritu hampir setiap malam balik lewat pagi.

Bila tanya2, Jannah kata dia nak makan Pau inti kacang.Mmmm...sian la pulak dengar bila dia tanya bila nak buat Pau...dan....taraaaa







Pau telah sedia untuk dimakan!!!

Pau ni dah byk kali buat dah ( refer SINI & SINI) biasanya buat besar2, tp skrg ni nak bagi nampak byk, kena lah buat size sederhana. Resepi ada kat SINI.
Ada harapan, bole ler buat tambah2 utk sarapan besok.
Oooooo...besok nak kena pegi klinik daaa....nak kena kompemkan Jannah influenza atau tak....huhuhu
(Influenza hanya bole dikesan selepas 12jam demam)

No comments: