Thursday, 17 March 2011

Sudah 6 hari

Sudah 6 hari berlalu selepas gempa bumi & tsunami yg melanda Utara Jepun.Terlalu banyak cerita yg nak diceritakan dan dikongsi, tapi nampaknya terlalu banyak sumber & berita yg boleh diperolehi esp daripada internet.Dan pastinya ramai yg telah melihat video2 `keganasan` tsunami..

Sepanjang kehidupan di Jepun (termasuk semasa zaman muda di Kagawa), sudah 3 kali merasai gempa kuat.

1) Tahun 2001 : Magnitud 7 di Tottori-ken & gegaran di Kagawa-ken ialah 5+.Waktu tu otw ke lab & dgn gegaran 5 tu pon su tak bole nak berjalan...

2) Tahun 2007 : Maginutd 6++ di Kashiwazaki, bandar sebelah je.Gegaran di Nagaoka-shi ialah 6.

3) Tahun 2011 : Maginutd 9.0 di laut Iwate, gegaran di Nagaoka ialah 5.

Ketiga2nya lebih kurang sama gegaran, tp gempa yg terbaru ni sgt2 lama...bergegar lebih dari 1minit.
Sebenarnya, wpon beza gegaran cuma mungkin 1magnitud atau 0.1magnitud, tp tenaga yg dihasilkan beratus, malah beribu2 ganda bezanya.


Selain gempa & tsunami, keadaan kritikal di Noji Nuklear Fukushima juga sbnrnya agak membimbangkan.Pelbagai berita keluar either di tv, internet, Al-Jazeera, CNN etc . Apa yg penting ialah menapis mana satu yg betul, dan mana satu cerita yg telah ditokok tambah.

Ada rakan2 yg mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia ( samada akibat pressure dari family di Msia ataupon kehendak sendiri), ada juga yg masih bertahan dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Semua orang mempunyai hak untuk membuat pemilihan dan ianya adalah hak individu. Kami masih di sini, Nagaoka hingga ke hari ini. Bukan tidak takut, tapi bukan semudah ABC juga untuk melarikan diri or pulang ke Msia.Tetapi, dalam masa yg sama sentiasa alert & berjaga2 and keep up to date dgn berita2 & arahan dari kerajaan tempatan.

Mungkin inilah masa untuk bermuhasabah, menilai kehidupan kita selama ini dan pada masa yg sama mendekati-NYA.

Dalam pada masa yg sama, berdoa smoga bayi didalam kandungan ( dah 28W dah skrg ni) juga berjuang sama & mempunyai nilai2 dan semangat tinggi seperti yg ditunjukkan oleh Japanese.


Principal tadika Jannah berkata" Selama ini rakyat Jepun hidup dalam keadaan mewah, semuanya ada dihujung jari, kali ni kami diuji dan inilah masa untuk bermuhasabah, berjimat cermat dlm segala serbi"

Hampir 8 tahun menumpang di bumi Jepun, kata2 principal tu membuatkan hati tersentuh...

Akhir sekali, doakan keselamatan kami dan doakan semoga mereka2 yg pakar berjaya mengawal keadaan di Loji Nuklear, Fukushima....

"Walaupon keadaan agak kucar kacir, sehingga hari ini, kami SELAMAT disini"

2 comments:

lina said...

Su,
Jaga diri baik2.

Tersentuh juga membaca apa principal kindie anak Su cakap tu.

Suhaila said...

Lina,
ya..life kat jepun mmg sgt2 comfortable.smpikan kalo bole x nak blk ke negara sendiri...hehe...tetiba teringat kat ojiicyan tmpt su homestay dulu2.Dia askar jepun yg sama turut menyerang msia dulu,meminta maaf smbl menangis atas apa yg berlaku