Tuesday 29 March 2011

カッコイイ 一年生 @ Murid Darjah Satu

Kalendar bakal bertukar kepada April dalam 2,3 hari lagi...Musim persekolahan bermula lagi.
Kat rumah ni pon ada yg tak sabar2 nak masuk darjah satu ni...
Entrance ceremony ialah pada 7-April-2011 & sekolah akan bermula secara rasmi pada 8-April-2011.

Persiapan??

Yaa.....banyak tak banyak, banyak la jugak rasanya....tapi hampir separuh stationary macam crayon, coloured pencil etc tak beli yg baru pon...smuanya sambung guna apa yg ada kat kindy...

Meh kita tengok sebahagian barang2 murid darjah satu di Jepun.



Set matematik ; ada kad bernombor, besi2 magnetik untuk digunakan masa buat tambah, tolak

Pencil 3 segi, buku2 tulis ( ada 3 jenis je), bekas biru untuk letak brg2 bawah meja kat sekolah

Pencil case dan pelbagai jenis beg yg berlainan size untuk letak baju sukan, kasut sukan etc

    
Topi untuk ke skolah & juga beg

Secara amnya, murid2 darjah satu kat sini akan balik pada pkol 3ptg setiap hari(kecuali Rabu, pkol 2ptg).Mereka WAJIB berjalan kaki pergi & pulang dan bergerak didalam kumpulan kecil yg mengikut kawasan tempat tinggal.Sesetengah sekolah mewajibkan pakaian uniform, tapi sekolah jannah ni pakaiannya bebas...

InsyaALLAH, cerita Murid Tahun 1 ni akan ada sambungannya....hehehe

4 comments:

lina said...

Suka tengok budak2 Jepun balik jalan kaki dr sekolah. Comel jer...

Kita kat sini, sekolah kat blok sebelah pun ada mak bapak hantar naik motor. Jalan bahaya kot.

suhaila said...

pastu kat setiap junction or traffic light ada pakcik volunteer tolong jaga..
Ntah yer...rasanya su pon kalo kat msia tak berani kot nak bg jalan sorang2...berkawan takpe ler

MyBotanG said...

comel aje and muka excited aje Jannah.. pakai gown apa masa entrance ceremony nanti..? tanoshimi :)

suhaila said...

@Kak Su
Pakai gown biasa2 je...beli kat hard-off je. lgpon susah lak nak cari size 130cm, kalo yg 120cm tu byk sket pilihannya