Friday, 22 June 2012

One year old

bila tak menghadap komputer, macam macam idea terlintas...tapi asal bukak je laptop ni, ilhamnya terbang entah ke mana..*haishhh*


oh ya...gambar Izzah diatas ni diambil pada 3-Jun yang lepas iaitu 2 hari sebelum dia turn to ONE YEAR OLD..

Sou ne..birthday Izzah kami langsung tak sambut.Tiada makan2 istimewa, tiada kek, tiada pulut kuning, hadiah pon takde....Izzah hanya dpt cucuk MMR je *sob sob sob*

Takpe la, asalnya nak beli Microwave sebab nak buatkan kek harijadi Izzah gara2 keengganan Aliyah & Jannah makan kek kedai ( tp yg sbnrnya su rasa diorg ni mmg tak berapa suka kek, diorg suka cream nya je)..tapi disebabkan masalah masalah yg tidak dielakkan, kami tak ter-pergi kedai Panasonic...kita bawa kedepan je la yer...

List hadiah pon dah ada sebenarnya iaitu POTTY dan KERUSI , tapi kami beli baju tido je dulu.Nanti ibu & ayah belikan...ehhh lupa lak yg Cik Ila ada tanya nak hadiah apa....alhamdulillah....

Apapon, selamat hari lahir buat izzah dan semoga sehat2 selalu..

Saturday, 12 May 2012

First hand VS Second hand

Sejak 2,3 tahun yg lepas, su sgt2 la teringin nak buat cheese tart/fruit tart sendiri. Tapi sebab agak kurang yakin + tiada acuan yg sesuai(alasan je), projek itu tertunda hinggalah sekarang. Setelah bertahun `belajar` dari internet dan juga sebab dah pernah tgk sndiri secara live proses pembuatannya....maka rasanya telah sampai seru dan semangat utk melaksanakan salah satu projek KIV...

tapi tu la....bila g kedai bakery, mahal weiiii acuannya. 10biji dah RM9...kalo beli 100pcs dpt ler murah sket RM84...*glurp telan air liur jap*



Setelah membuat kira-kira antaranya :

1- kekerapan membuatnya *takut buat sekali je...hehehehe*

2- laku atau tidak *selama ni kalo org buat, laju je budak2 tu makan, tapi tak taula sbb diorg tak suka cheese...kalo xde yg nak makan, nak buatpe buat???*

3- kerajinan * hohohoho*

maka su telah membuat keputusan untuk BERSABAR lagi sket dan try tanya kat kengkawan kalo2 ada yg dah xmau guna lagi dan berhajat nak let go...dapat less dari harga sbenar pon dah sgt2 OK!!!

Bila tersebut kisah barang2 second hand ni, ish ish ish...teringat kemeriahan kedai terpakai kat Jepun...hampir separuh brg2 yg kami bawa pulang adalah brg second hand, terutamanya barang-barang mainan, meja lipat, komputer, drawer baju...haiiii....bestnya shopping kat kedai second hand kan!!!!

well...kita tgk la ada tak yg respon pasal acuan tart tu...kalo takde, mmmmm....pikir plan B ler jawabnya...

Friday, 9 March 2012

Cosmo & Cosmos

Spelling yg lebih kurang, tetapi adalah 2 benda yg berbeza...

Mula-mula kita tengok Cosmo dulu la ya...yang ni sbnrnya nak cerita ttg projek Sew Along di group 1H1P(1 Hari 1 produk) nun di Fesbuk sana..oooppsss...ya, setelah sekian lama, akhirnya dtg juga 'semangat' untuk join group tu...tak rugi join,cuma kengkadang tu x terkejar nak baca setiap entry...hahahaha

Amacam...lawa x??




Yang keduanya ialah Cosmos iaitu bunga Cosmos....wpon bukan musim Cosmos dan bukan minah bunga, saya rindu bunga-bunga di jepun...lagi-lagi x lama lagi Sakura season...sob sob sob

p/s: X de picture Cosmos sbb malasnak kecikkan size...sob sob sob

New Obsession - CLOTH DIAPER

Sou desune...su sepatutnya meng-update entry ttg trip ke Melaka seperti yg telah ditulis dalam entry sebelum ini.

Tapi apakan daya, internet connection is super slow dan sgt2 ‘mencabar’ untuk upload gambar selain terpaksa di re-size terlebih dahulu…huhuhu

Apapon semenjak 2,3 menjak ni, su bz sket buat RESEARCH tentang CLOTH DIAPER aka LAMPIN MODEN. Hampir setiap hari meluangkan masa membaca artikel ttg CD ni dan x lupa juga ialah membaca review pengguna2 di Malaysia ni…owhhh…membaca review sgt  penting ya!!! dimana??? Mana lagi kalo tak di laman MUKABUKU (Facebook) sbb ada group untuk parents yg menggunakan CD ni…jangan x tau!!!

Tahun 2007 dulu pernah terbaca ttg CD ni...tp tak begitu ambil kesah sgt.Hinggalah last January ada beli majalah dan ada la pulak ruangan CD ni...tu yg gali & teropong sana sini cari info.

Jom kita lihat sekali lalu..

Pertama : Apa itu CLOTH DIAPER@CD?? Ermm…dalam kata mudah ialah sejenis LAMPIN yg telah diubah suai bentuk serta kualitinya tetapi masih mengekalkan identiti lampin iaitu perlu di BASUH…hehehe

Yg lebih tepat ialah Diaper yg terdiri daripada seluar luar dan juga penyerap(insert) yg boleh dibasuh berulang kali



Kedua : Kenapa nak bertukar kepada CD?Jawapan yg paling jujur dan straight to the point ialah JIMAT!!! Ini menurut kata2 mereka2 yg telah dan sedang menggunakannya la…Seorang kanak2 memerlukan lebih kurang 5 keping CD sehari dgn kos setiap CD ialah RM20(ini yg plg murah dan plg ramai org pakai sbb harga mampu milik)..Jika nak basuh setiap 2hari, sekurang2nya kita perlukan 10pcs CD yg berkos RM200 untuk 2-3 tahun.

Selain tu, tentulah utk MESRA ALAM… ye tak??

Ketiga : Cara penjagaan ? Yang ni kalo baca agak mudah, tp sbnrnya plg susah sebab Vitamin RAJIN mesti ada..yelah kan….nak menghadap pelbagai ‘isi’ etc…Wpon ianya boleh dibasuh mesin, tetap juga perlu di rendam etc…Malah sabun pon bukan boleh hentam kromo je…perlu guna sabun yg bersesuaian …*part ni su pon x habis study lagi sbb byk sgt petua yg su baca…pening …pening *

Anyway, anyhow…I am ready dah nak buat Test-Run…hajat dihati nak beli brand Lunatots. Tapi sbb agak pricey, su pilih yg harga mampu milik dulu iaitu QQBaby. Tgh tggu parcel smpi ler ni, tapi Cuma ada 2pcs…kehkehkehkeh…nak cuba pakaikan izzah antara waktu dia bangun tido awal pagi hingga masa mandi dalam pkol 10am@11am....

If OK dan lulus bab penjagaan + Izzah pon ok, then boleh lah tambah lagi. Plan nak beli insert brand Autumnz sbb mendapat pujian sgt2 dr org ramai..Target utk pakaikan CD ni belah siang je dulu. Malam guna saki baki Diapers jenis Pants yg bawa balik dr Nihon aritu…dah tggl 2 beg je lagipon.

Semoga dikuatkan semangat dan dicekalkan hati dan memppunyai Vitamin RAJIN setiap hari…AMIN

Tuesday, 7 February 2012

Antara Johor Bahru dan Melaka

Tinggal di Batu Pahat sebenarnya kalo dilihat dari kedudukan geografi, boleh dikatakan berada tengah2 diantara Johor Bahru & Melaka (  Ayer keroh & Bandar Hilir).Tapi, kalo tanya su....su lebih suka untuk berbelanja di Melaka.

Sejak dari zaman bujang dan berkereta sendiri, selalu juga sbnrnya ke Melaka untuk xtvt Jalan-jalan Cari Makan mahupun Window Shopping. Barang2 hantaran tunang & kahwin pon beli di Melaka. Semasa Jannah kecil pon pernah Cuti-cuti Malaysia ke Melaka..

Reason?? mungkin sbb bandar yg tidak terlalu besar, jadi segala macam barang ada berdekatan.

Mengambil kesempatan cuti Raya Cina baru-baru ni ( sekolah cuti seminggu), kami sekali lagi telah ke Melaka se-family.Misi utama selain bersantai-santai ialah bertemu beberapa sahabat lama, xtvt makan-makan ikan bakar, xtvt ke Jusco & juga xtvt ke kedai Daiso(kedai 100yen Jepun yg berharga RM5 utk setiap barang)...

Yg plg mengejutkan ialah pastinya jalan baru yg besar dan selesa dari Muar hingga bandar Melaka tu...dasat ooo...mcm naik highway free je. Selain tu tentunya kepesatan dan kepadatan serta wajah baru Bandar Hilir. Padang Dataran Pahlawan yg dah bukan jadi padang rumput biasa, tapi dah berubah jadi Mall malah ada Menara Taming Sari.Jusco pon rupanya dah ada cawangan baru yg lebih besar, no wonder masa gi Jusco Ayer keroh tu rasa mcm byk brg dari orang...hehehehe

Kali ni kami menginap di Hang Tuah City Hotel (dahulu dikenali sebagai Straits Meridian Hotel) yg betul2 terletak di Lebuh AMJ dan berdekatan dgn Masjid Al-Azim...Walau apapon, ada beberapa misi masih belom selesai lagi...insyaALLAH simpan utk next rezeki ke Melaka.

Next entry nnti baru su cerita & maybe upload sket gambo ya...