Thursday 16 December 2010

16-Dis-2006

4 tahun yang lepas, pada hari ini Aliyah selamat dilahirkan, seberat 3500g & sepanjang 52cm.

Sebenarnya semasa Aliyah 6 bulan dalam kandungan, Jais dah terbang ke Jepun dulu untuk sambung Master.Tinggal ler su dan Jannah di Malaysia sampai ler lepas pantang baru kami semua datang ke Jepun.

Pengalaman mengandung dan melahirkan anak tanpa suami disisi, tentulah tak berapa seronok.Lagi ler waktu tu raya puasa pon dengan Jannah je berdua.Tapi, mempunyai adik beradik yg ramai tentulah tak sunyi kan...walaupon dah 7 bulan, tetap beraya ke Johor dan Muar seperti biasa.

Walaupon Jais dah ke Jepun, su masih tinggal dengan In-Law sebab dekat ler jugak (15-20min) nak ulang alik ke kilang.Bila hujung minggu baru ler balik Simpang dan macam tu ler xtvtnyer hingga la Aliyah lahir.

Su pergi hospital masa azan subuh dan terus masuk labour room sebab rahim dah buka 7cm.Tapi...pkol 1030 baru ler Aliyah lahir.Lama kan?? ada setengah orang kalo dah 7cm tu cepat je terus 10cm dah bersalin.Bahagian masing2.

Sakit bersalin tu tentulah, tapi kalo dibandingkan Jannah sangat2 kurang.hehehehehehe.....
Keluar dari labour room, tengok2 mak dah datang dari Simpang.Alhamdulillah, ada orang nak temankan kat hospital.

Kalo nak tau, dari sejak Aliyah lahir, hujan lebat dan berterusan di Johor yang akhirnya banjir besar melanda Johor.Ingat tak peristiwa Kota Tinggi tenggelam etc? Kampung Jais pon tak terkecuali...hujan setiap hari dan jalan masuk kampung pon banjir.Tapi alhamdulillah ada satu jalan yg tak banjir dan dari situ ler su balik ke Simpang selepas 2 minggu kat kampung Jais.Cuak betul masa tu.....

Bila difikir semula, betul la orang kata yang emosi ibu semasa mengandung mempengaruhi emosi dan perangai anak yg dikandungnya.Aliyah agak kerap menangis berbanding Jannah dan hati dia agak keras....tapi su rasa su takde ler menangis time ngandung, cuma banyak rasa tertekan..byk perkara perlu difikirkan...

Apapon, semoga Aliyah membesar dengan sehat dan cergas dan dilembutkan hatinya selalu.InsyaALLAH.

3 comments:

lina said...

Selamat hair jadi Aliyah. :)

Mencabar juga pengalaman Su mengandungkan & melahirkan dia ye...

noorcahaya said...

Hepi Besday Aliyah.... oo gitu ek.... time tu lom ade blog.. kalo ade blog leh lepas2 hambur2kan.. hehhehe

suhaila said...

@ Cik Lina & Cik Ayang,

TQ...TQ..with loooove