Wednesday, 20 November 2013

Go Green - Cloth pad and Cloth pantyliner

Selepas men-CD-kan Izzah, seterusnya kena la si ibu pula ber-CP kan?

*CD = Cloth Diaper = lampin moden
*CP = Cloth Pad = Pad kain

Masa zaman awal remaja dulu, su mmg menggunakan kain tuala setiap bulan.Ala, kain tuala putih yg biasanya selalu dapat kalo g rewang kenduri kawin tu.Yang nipis tu je.
Rasanya sampai tingkatan 3 juga la guna.Almaklumlah....mak-mak dulu mana guna pad pakai buang kan? Jenuh jugak la merendam & menyental...huhuhuh

Bila dah tgktn 3 & ada duit sendiri sket2, baru la beli yg pakai buang.

Tapi, ada ke lagi remaja yang guna tuala kain sekarang ni?? macam susah je nak jumpa rasanya kan??

Setelah sekian lama mengkaji (chewahhh) dan juga sempena Tahun Baru Muharram ni, ya....ini adalah salah satu azam baru su.

*Tahun ni cuma ada 2 azam je*

Apa itu CP ??
Kita tanya kat en Google je la ya.

First step yang diambil ialah dengan membeli handmade Cp dari local supplier la kan??
Banyak sbnrnya local supplier CP ni sbnrnya.

Happy to share satu blog yang menceritakan hampir lengkap dan terperinci pasal CP ni.Sila la ke blog Anic ya!! Dan juga bole la join group Malaysian Cloth Pad kat Facebook.

Jumpa lagi!!


Wednesday, 16 October 2013

Salam Aidiladha

Selamat menyambut Aidiladha...

Bersawang sungguh blog ini ya...*senyum kambing jap*

Apapon, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Raya korban kali ni seperti biasa mmg tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri la kan... kerana cutinya yang hanya SEHARI dan juga kerana erti perayaan Aidiladha itu sendiri.

Tahun ini walaubagaimanapon, kami sekeluarga tiada membuat ibadah korban.InsyaALLAH dalam setahun dua yg akan datang nanti.

InsyaALLAH akan diusahakan supaya blog ini akan sentiasa di update kerana ada beberapa topik yang sedang saya baca/kaji yang ingin dikongsi termasuklah

1- penolakan vaksin
2- ubat klinik
3- Cloth pad & cloth pantiliner
4- aktiviti menjahit

Terima Kasih

Wednesday, 19 June 2013

10 syaaban !!!!

tup tup...dah 10 syaaban sudah..
blog ni pon dah hampir 2 bulan tak dijengah..
bukannya malas, tp kesibukkan melanda sejak akhir2 ni..

Apapon, semuanya sudah selesai.
majlis pernikahan&persandingan adik ipar pon dah selesai,
majis penikahan & persandingan anak sedara pon dah selesai,
cuti sekolah pon dah selesai,
urusan dgn klinik pon dah selesai,
hutang puasa tahun lepas pon dah lama selesai...

yang belom selesai????
huhuhu
baju raya (kurung) utk anak-anak...
baju peplum juga utk anak-anak...
baju tido baru utk izzah...(yg skrg semuanya dah senteng)
pull up pants with insert utk izzah...(CD yg ada skrg ni cuma tggl 8pcs je)
dan sedikit tudung utk diri sendiri ....

ada lagi..
langsir yg maka suruh jahitkan pon blom siap...huhuhu
beg bekal pon blom siap2 lagi..

bole ke langsaikan dalam masa 20 hari ni ya?
Ganbaru zo!!!!
Mudah-mudahan...
sebab su mmg seboleh-bolehnya akan mengelak menjahit masa bulan puasa...


Tuesday, 30 April 2013

Quilted pencil case

Selepas Curcy Clutch,
Su buat Pencil Case pula.
Pencil case ni sebenarnya khas dan istimewa untuk seorang teman rapat...

Jeng jeng!!

Mula-mula nak buat ala-ala pyramid purse tu. Boleh refer sini untuk gambar yg lebih jelas.
Bila pikir-pikir, tak sesuai rasanya untuk student PhD guna..kehkehkehkehkeh

Akhirnya su pilih
1- Quilted : gebu je bila pegang
2- Zip :  'Open Wide Zippered'
3- Strap : detachable (sebab tuan punya minta yg ala2 wrislet)


Jeng jeng jeng!!


Nampak tak ujung zip yg 'terjulur' tu?
*sorry patutnya letak background putih*

Haaaa...inilah 'rupa' open wide zipper tu..
baru la senang nak keluarkan segala harta karun kan??

Semoga penerimanya suka...


Saturday, 27 April 2013

Mari jahit beg!!!

Dah lama sebenarnya nak buatkan sesuatu untuk kawan saya ni.
Cuma biasa la, sejak dua menjak ni mmg takde mood nak jahit lain selain dari jahit tudung dan baju...
Padahal, byk je accessories utk digunakan kat beg dan yg seangkatannya..

Mengambil kesempatan aktiviti bertukar-tukar handmade clutch di Genf Penjahit Beg (fesbuk), dan su telah 'gatal' tgn letak nama kat situ...makanya....kenalah buat juga kan..

ini adalah antara hasil-hasil nya..

Target ialah membuat Curvy Clutch!!





Pattern 1.
 Yg ni su letak batting utk bagi gebu feel.
Sebenarnya clutch kat atas tu adalah SATU je, cuma sebab su gunakan kain perca, makanya ada 2 design kain yg berbeza.
Kelebihan : Soft feel & rasa selamat sebab ada zip



Pattern 2.
Yang ni pattern lain dan hanya letak interfacing sederhana tebal.
Kelebihan : Sangat menarik

Sebenarnya su suka kedua-duanya.Sebab masing-masing ada keunikannya dan kegunaan yg tersendiri.

Sementara semangat masih belum terpadam ni, su nak buat clutch pattern 2 lagi sekali. Tapi menggunakan batting & Cotton stabilizer & juga PVC(mungkin).Tapi misi yg paling penting ialah memasang zip kat pattern 2!!

Tutorial dan pattern boleh download kat sebelah kiri wall saya ya!!